Warkah Persatuan Bekas Pelajar SMK Dato Abdul Rahman Yaakob
Posted by X-SMKDary
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada Pelajar X-SMKDARY
Blog ini ditubuhkan pada akhir bulan April 2010 selepas Persatuan Bekas Pelajar SMK Dato Abdul Rahman Yaakob telah mendapat Sijil Pendaftaran (0702-10-prk) pada 24hb April 2010 yang lalu.. Oleh itu, secara tidak langsung blog ini akan menjadi BLOG RASMI bagi PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKOB.
Akan tetapi, blog ini juga akan di kemaskini dari masa kesemasa. Sebarang perkembangan terbaru akan dikemaskinikan dalam blog ini. Sama ada untuk perjumpaan, aktiviti dan banyak lagi. Kepada bekas pelajar SMKDARY mohon untuk sama-sama menjayakan Persatuan ini. Sila berdaftar dalam borang secara online ataupun boleh berjumpa dengan Setiausaha Persatuan atau boleh emailkan kepada x.smkdary@yahoo.com untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran.
Segala kerjasama anda, pihak Persatuan Bekas Pelajar SMK Dato Abdul Rahman Yaakob mengucapkan ribuan terima kasih..